17 Julai 2010

Perlawanan Bola Sepak dan Bola Tampar antara staff Zon Ladang, Mukah.

Pada 12 Julai yang lalu,sekolah Lubok Bemban dan Bukit Inkerbai telah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak untuk staf lelaki dan bola tampar untuk staf perempuan. Sk Lubok Bemban telah menjadi tuan rumah untuk perlawanan kali ini. Setinggi-tinggi ucapan tahniah diatas penganjuran ini kepada Sk Lubok Bemban. Ini adalah pertama kali seadanya satu perjumpaan staf dikalangan guru-guru dan aks dalam mewujudkan ikatan silaturahim dan perhubungan yang akrab di kawasan setempat. Perlawanan bermula seawal jam 4 petang. Terima kasih diatas kehadiran staf dari sekolah Nanga Sikat. Kehadiran mereka juga amat dialu-alukan walaupun diundang agak lewat sedikit. Berikut adalah keputusan perlawanan:

Bola sepak 9 sebelah;
Johan SK Lubok Bemban
Naib Johan SK Nanga Sikat
Ketiga SK Bukit Inkerbai dan SK Ladang 1

Bola Tampar;
Johan SK Lubok Bemban dan SK Nanga Sikat
Naib Johan SK Bukit Inkerbai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan