17 Julai 2010

Perlawanan Bola Sepak dan Bola Tampar antara staff Zon Ladang, Mukah.

Pada 12 Julai yang lalu,sekolah Lubok Bemban dan Bukit Inkerbai telah mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak untuk staf lelaki dan bola tampar untuk staf perempuan. Sk Lubok Bemban telah menjadi tuan rumah untuk perlawanan kali ini. Setinggi-tinggi ucapan tahniah diatas penganjuran ini kepada Sk Lubok Bemban. Ini adalah pertama kali seadanya satu perjumpaan staf dikalangan guru-guru dan aks dalam mewujudkan ikatan silaturahim dan perhubungan yang akrab di kawasan setempat. Perlawanan bermula seawal jam 4 petang. Terima kasih diatas kehadiran staf dari sekolah Nanga Sikat. Kehadiran mereka juga amat dialu-alukan walaupun diundang agak lewat sedikit. Berikut adalah keputusan perlawanan:

Bola sepak 9 sebelah;
Johan SK Lubok Bemban
Naib Johan SK Nanga Sikat
Ketiga SK Bukit Inkerbai dan SK Ladang 1

Bola Tampar;
Johan SK Lubok Bemban dan SK Nanga Sikat
Naib Johan SK Bukit Inkerbai

06 Jun 2010

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PTK

Salam 1 Sarawak. Dikesempatan ini, dari pihak admin ingin mengucapkan kepada guru yang mengambil ujian PTK semoga selamat menjawab dan berjaya. Ucapan selamat bercuti juga kepada guru-guru yang bercuti dan yang tidak bercuti, laksanakan tanggungjawab itu dengan penuh dedikasi dan amanah. Sekian.

31 Mei 2010

Selamat Hari Gawai kepada semua warga SKLB



Pihak pengurusan ICT SKLB mengucapkan selamat menyambt hari gawai kepada seluruh pendidik Sekolah Kebangsaan Lubok Bemban. Yang terutama kepada pendidik warga iban, guru besar, guru HEM, guru pra, guru pj, kakitangan sokongan dan pihak ibu bapa. Di kesempatan ini, sekali lagi ucapan kepada guru pra sekolah En. Petrus semoga selamat berkahwin dengan pasangannya dan kekal hingga akhir hayat. Sekian, selamat bercuti sehingga jumpa lagi.

23 Mac 2010

STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS

• Screening of Students (Year 1, Year 2 and Year 3)
• Pembangunan material (Development of Materials)
• Pembangunan kapasiti (Enhancement of Teachers Pedagogical Skill)
• Awareness (Awareness Programmes for Schools and Community)
• Pemantauan, penyeliaan dan penilaian
• Fasilinus. (Establishment of FasiLINUS)


Strategi 1: Screening ( penapisan )

1. Screening murid tahun satu 2010 pada bulan: Mac, Jun, dan September.
2. Screening tahap kesihatan murid supaya murid berkeperluan khas mengikuti kelas pendidikan khas.
3. Murid yang tidak melepasi tahap akan mengikuti program Linus.


Strategi 2: Pembinaan Material Pengajaran dan Pembelajaran.
( Material Building )

• Modul pembelajaran
• Panduan pengajaran guru.



Strategi 3: Meningkatkan kemahiran profesional guru.

1. Latihan dalam perkhidmatan
2. Perkembangan staf di PPD dan di Sekolah
3. Semak semula kurikulum.
4. Mengadakan bengkel.


Strategi 4. Awareness.

1. Penataran/penerangan kepada guru dan komuniti sekolah.
2. Edaran brosure kepada umum
3. Promosi kepada umum melalui:
4. Pameran
5. Siaran media massa – cetak /eletronik
6. Adakan minggu atau hari LINUS di sekolah.


Strategi 5: Monitoring

1. Instrumens pemantauan:

* Kaedah P&P guru
* Penilaian murid
* Pengurusan program di sekolah

Strategi 6: P erkhidmatan FasiLINUS

1. Pelantikan guru
2. Membangunkan keupayaan FasiLINUS
3. Penerangan Linus kepada GB dan guru
4. Coaching dan mentoring
5. Perancangan strategi.


*sumber drp.:Bahan taklimat Perkembangan Baru Pendidikan 2010 - 2012 JPN Perak

22 Mac 2010

Amanat KPPM

PESANAN UTAMA ( TOUCH POINT) AWAL TAHUN 2010 :

1. KEPENTINGAN KEPADA PELAJAR
  • 1 PELAJAR : 1 MEJA / 1 KERUSI / 1 SET BUKU
  • PASTIKAN CUKUP KELAS , KERUSI MEJA UNTUK MURID
  • ‘KELAS YANG SEMPURNA’
2. TAHUN 2010 : TIADA BEKALAN PERABOT.
  • PERABOT SEDIA ADA DIBAIKI
  • GUNA SEGALA SUMBER , PIBG DAN SUMBANGAN IBUBAPA
  • PASTIKAN CUKUP PERABOT UNTUK PELAJAR BARU – TAHUN 1 DAN TING. 1
3. KESELAMATAN PELAJAR
  • ELAK TRAGEDI – KUALA DIPANG
  • UTAMAKAN KESELAMATAN DI SEKOLAH ATAU APA-APA PROGRAM PELAJAR YANG DILAKUKAN.
  • SENTIASA BUAT PEMANTAUAN DAN PEMBAIKAN PERALATAN- KIPAS, SILING LAMPU, TINGKAP, TANGGA DLL…..
4. 2010 –TAHUN KURANG BERBELANJA
  • PERUNTUKAN PERBELANJAAN BERKURANG UNTUK PENDIDIKAN KURANG PERUNTUKAN KE JPN/SEK
  • KURSUS DAN PAKEJ DIKURANGAKAN
  • SEKOLAH DIGALAK BUAT KURSU DALAMAN UNTUK STAF
  • TNT JUGA DIKURANGKAN.

Salam 1Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..Apa khabar warga SK Lubok Bemban?. Kini kita dapat mengeratkan lagi silaturrahim dengan adanya blog ini buat pertama kalinya. Saya harap kawan-kawan dapatlah berkongsi idea dan pengalaman sepanjang berada di sekolah ini dengan mencalit sedikit perasaan itu di ruangan blog yang masih muda usianya. Pihak pengurusan akan memperbaiki dari masa ke semasa bagi laman blog ini untuk lebih menjadikan ia lebih menarik.